Tips Memilih Tembikai Yang Manis & Melazatkan

Assalamualaikum wbt...

Hari ini anak duk teringin nak makan buah tembikai.. Kebetulan ke pasar, aku beli la sebijik buah tembikai.. Aku tepuk2 buah tembikai, cari yang bulat dan warna yg hijau gelap.. Sekali pandang memang tip top dan terbaik...

So balik ke rumah, aku terus belah tembikai tu.. Sekali.......


Ha... Tengok la buah mcm mana.. Aku harapkan merah menyala... Sekali... Warna pink dan kuning... Tp Alhamdulillah, rasa manis tu ada... So untuk elak perkara ni berulang, aku Google la cara atau tips memilih buah tembikai yg manis...

1) Kenali Jantina...


Dah apehal, tembikai ada juga jantan betina.. Macam mana nak kenal? yang jantan ukurannya jalurnya lebih kecil dan bentuknya agak lonjong.. Yang jantan mempunyai kandungan air yg banyak berbanding yg betina  ukuran jalurnya lebih besar, kelihatan bulat dan rasanya lebih manis... So pilih la yg betina..

2) Tompok Kuning


Pilih yg tompok yg lebih kuning.. Tompok itu wujud kerana bahagian kuning tu la tembikai berada di permukaan tanah. Jika kuning, tembikai tu lebih lama berbanding yg berwarna agak keputihan.. So yg makin kuning lebih masak dan manis daripada yg kuning biasa dan putih...

3) Jaring Labah-labah


Tanda garis/conteran sepert jaring  labah-labah bermakna lebah yang  hinggap pada buah tembikai tersebut... Makin banyak jaring tersebut, makin banyak lebah yang hinggap.. Lebah hinggap kerana buah tersebut yang manis..

4) Tangkai


Tangkai yang kering bermakna tembikai telah matang sempurna dan jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum matang..

5) Saiz Buah

Pilihlah tembikai yang sedang sedang.. Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Dan untuk mengetahuan anda, tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya.. Dan untuk mengetahuan anda, tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya.

6) Tawakal

Bila dah beli, tawakal je la.. Bila dah belah.. Kalau manis, bersyukurlah.. Kalu sebaiknya, anggapla kita takde rezeki.. Sekian perkongsian tips... Semoga bermanfaat.. 👌

Sumber rujukan dan gambar
https://sinar.my/viral/inspirasi/tips-pilih-tembikai-merah-dan-manis

https://sinar.my/viral/inspirasi/tips-pilih-tembikai-merah-dan-manis

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

‘Eggboy’ ditawar Ferrari di Dubai, percutian mewah 10 hari di Turki